Perak Hari Ini

Gelanggang Rakyat & Karnival Mini Keselamatan @TT5 Meriah

BATU GAJAH:Lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan program gelanggang rakyat & Karnival Mini Keselamatan @TT5 bersempena program permukiman Menteri Besar di Daerah Kampar di sini hari ini.

Program anjuran Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) diadakan di tapak TT5 dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya klinik Dr.Zambry, sukan rakyat,pemeriksaan kesihatan, slot bicara keselamatan, bazar rakyat dan gerai jualan.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminudin Hashim.

Turut berlangsung pelancaran palong @TT5 yang akan mengembalikan memori mengenai kaedah mendulang bijih timah.

Beliau turut dibawa melawat kapal korek oleh Datuk Aminudin Hashim mengenai perkembangan terkini proses membaikpulih dan pemuliharaan pihak Amanjaya TT5 (ATT5).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");