Berita Hari Ini

Ibu Bapa, Sekolah Perlu Bijak Selesai Masalah: Mahdzir

PADANG TERAP – Ibu bapa dan pihak sekolah diminta menggunakan pendekatan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul tanpa perlu melibatkan tindakan saman menyaman.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) misalnya boleh bertindak sebagai medium pengantara dalam menyelesaikan  masalah berkaitan demi memastikan hasrat kemenjadian pelajar mampu dicapai.

“Kes seperti ini (saman menyaman) tidaklah sebanyak mana pun, cuma kita harap ada kebijaksanaan antara kedua belah pihak dan tidak perlu sampai ke peringkat saman menyaman.

“Bagaimanapun kementerian sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika perlu dalam kes-kes seperti ini,” katanya selepas merasmikan Karnival Muafakat Komuniti dan Pemimpin Bersama Rakyat di Felda Lubuk Merbau di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan hari ini yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan bahawa kes saman terhadap guru semakin meningkat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");