Membawang Hari Ini

Issey Belum Jumpa Calon Pengganti

KUALA LUMPUR: Lebih setahun menduda, penyampai radio Hot FM, Issey, menjelaskan beliau masih belum bertemu pengganti.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 30, berkata kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini dijadikan pengajaran dan pedoman untuk memperbaiki diri sebelum bergelar suami sekali lagi.

“Buat masa ini saya belum lagi berjumpa pengganti kerana proses mencari itu sendiri belum pun dimulakan. Tumpuan ketika ini adalah sepenuhnya kepada kerja. Mungkin selepas selesai segala kerja nanti, saya akan mula menghulurkan salam perkenalan.

“Kegagalan perkahwinan lalu banyak mengajar saya untuk menjadi manusia lebih baik. Apa saja yang boleh diperbaiki, saya ambil sebagai iktibar. Bagaimanapun, apa yang berlaku tidak menjadikan saya trauma untuk berumahtangga semula.

“Sebenarnya, timbul perasaan teragak-agak untuk berkahwin dulu, mungkin juga sebenarnya saya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

“Jadi, sekiranya ada jodoh dengan sesiapa, saya mahu ketetapan hati yang saya sudah benar-benar bersedia,” katanya, menerusi laporan BH Online, hari ini.

Lelaki ini berkongsi mengenai kisah peribadinya ketika ditemui pada sidang media Bintang Bersama Bintang (BBB), yang turut menampilkan Abam, Ajak, Mark Adam, Achey dan Shuk, di Damansara Performing Arts Centre, Damansara Perdana.

Issey diijabkabulkan dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid di Kampung Bakat, Machang, Kelantan, pada 19 Mac 2015 setelah sembilan bulan berkenalan di Instagram.

Jodoh kedua-duanya bagaimanapun tidak panjang apabila mereka memilih untuk berpisah pada 21 Ogos 2016.

“Terasa juga kekosongan diri, terutama apabila datang ke sesi perbincangan program BBB, ketika masing-masing hadir bersama isteri. Mungkin itu antara petanda untuk saya mula mencari pasangan hidup,” kata Issey berseloroh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");