Perak Hari Ini

Takut Sangat Ngeh Koo Ham Dengan MB Inc?

IPOH:Isu berkaitan Menteri Besar Incorporated (MB Inc) menjadi topik pertikaman lidah antara Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor,Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP – Sitiawan) pada sesi pergulungan perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Terdahulu sesi perbahasan kecoh apabila adun pembangkang itu tampil mencelah dengan bertindak meminta penjelasan berkaitan operasi dan ketelusan MB Inc.

“Saya tidak faham mengapa mereka takut sangat mengenai MB Inc sedangkan projek hartanah yang dikendalikan tidak sampai 30 peratus dan memberi fokus kepada mineral dan batuan sahaja,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Tambahnya lagi, MB Inc diaktifkan semula pada 2012 tanpa diberi sebarang suntikan modal oleh kerajaan negeri iaitu berfokuskan penstrukturan semula sektor mineral yang pernah menjadi penyumbang utama hasil negeri.

“Kerajaan negeri menyusun semula industri mineral dan bahan batuan kerana negeri Perak cukup kaya dengan bahan mentah itu.

“Malah kita percaya entiti ini boleh berkembang seperti Petronas yang mengurus gas dan minyak negara dan jika ditadbir dengan baik ia boleh digarap balik kepada rakyat dan negeri,” katanya.

Zahir terdahulu pada sesi pergulungan mempersoalkan tindakan adun pembangkang itu yang kelihatan cukup berminat mengenai proses pengurusan pasir hingga menimbulkan kekeliruan.

“Saya musykil, Sitiawan ini berkawan dengan pengusaha pasir di siang hari ke malam hari? Berkawan dengan pengusaha pasir hari bekerja atau hari cuti? Atau pengusaha pasir yang ada lesen atau pun tidak ada lesen,” katanya.

“Kenapa takut sangat dengan MB Inc? Adakah kerana kawan pengusaha-pengusaha “separuh masa” yang dikatakan Sitiawan tadi? Kenapa takut sangat….,” tambah beliau.

Persoalan Zahir itu kemudian mengamatkan suasana dewan apabila kesemua ADUN kerajaan negeri mengetuk meja tanda setuju.

Bagaimanapun walaupun kesemuanya telah dijawab oleh kerajaan negeri mengenai isu berbangkit Adun Sitiawan itu kelihatan masih tidak pernah berpuas hati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");