Perak Hari Ini

Isu Tambah Pengundi Pos- Pakatan Perlu Jumpa Doktor, Belajar Bertenang

IPOH:Kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional sekarang tidak pernah bertindak menipu dan menggunakan sebarang cara bentuk penipuan bagi memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai,Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, BN sentiasa telus dan bersih dalam urusan pilihan raya untuk menentukan masa depan negara kelak.

Mengulas mengenai satu kenyataan dipetik dari Roketkini,pengundi pos makin bertambah, taktik BN kekal berkuasa oleh Bersih 2.0 disifatkan tuduhan oleh pihak pembangkang tanpa bukti.

Malah jelasnya antara kakitangan agensi awam yang dikatakan ramai didaftar sebagai pengundi pos bagi PRU-14 kali ini ialah dari Jabatan Penjara; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Penguatkuasaan Maritim; pekerja kesihatan kerajaan; sukarelawan polis; Jabatan Pertahanan Awam Malaysia; Jabatan Imigresen; Agensi Pengurusan Bencana Negara; dan Jabatan Pendaftaran Negara memetik kenyataan itu, adalah melibatkan kakitangan yang akan bertugas pada hari PRU sahaja dibenarkan memohon berbuat demikian.

“Mereka juga tidak di paksa, malah hanya di peringkat cadangan dan ia belum dilaksanakan lagi. Petugas-petugas awam yang mempunyai tanggungjawab penting dan berat yang mana pergerakan mereka terbatas terutama semasa waktu-waktu kritikal atau kecemasan,darurat pada pru kelak perlu dimasukkan ke dalam kategori pengundi pos dan awal.

“Pembangkang janganlah menuduh tanpa bukti,dari tinjauan saya sendiri contohnya dari kawan-kawan yang bertugas semasa pilihan raya kebanyakkan mereka terlepas peluang mengundi kerana tuntutan kerja membataskan pergerakan mereka,” katanya ketika dihubungi Peraktoday hari ini.

Pihak pembangkang turu dinasihati berjumpa dengan ‘doktor’ untuk lebih bertenang dan berhenti bergaduh sesama sendiri dalam parti mereka.

“Janganlah bimbang tak tentu pasal,takut boleh jadi tak tentu arah fikiran sebelum menjelang pru nanti, elok jumpa doktor untuk belajar bertenang,” katanya.

Jelasnya lagi, tiada unsur kepentingan peribadi untuk bertindak sedemikian sebaliknya Pakatan Harapan disifatkan sanggup menggadai maruah dengan mejilat balik ludah mereka selama ini.

Antara lain katanya bertujuan menghancurkan hasrat BN untuk membawa negara ke arah kemajuan dan sejahtera rakyat.

Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH 2.0) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan lebih ramai penjawat awam sebagai pengundi pos bagi memenangkan Barisan Nasional (BN).

Menurut BERSIH 2.0, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), BN hampir kalah di 30 kawasan Parlimen namun diselamatkan oleh undi awal dan pos dan langkah mendaftarkan lebih ramai penjawat awam itu dapat dikesan apabila SPR telah mendaftarkan ramai kakitangan awam dari agensi lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");