Sukan Hari Ini

Nicol Gagal Teruskan Kemaraan

RATU skuasy negara, Datuk Nicol David hanya mampu mara setakat suku akhir Masters Wanita Saudi di Riyadh, Arab Saudi selepas tewas kepada, Nour El Tayeb, awal pagi semalam.

Menurut laman rasmi kejohanan, https://squashinsaudi.com, bekas pemain nombor satu dunia dan pemain pilihan kelima kejohanan itu, ditundukkan 7-11, 12-14, 9-11 dalam pertarungan 35 minit oleh pemain pilihan ke-11 dari Mesir itu lapor Sinar Harian.

Ini kekalahan pertama beliau dengan pemain 24 tahun itu, yang ditewaskannya dalam sembilan perlawanan sebelum ini.

Pemain berusia 34 tahun itu, mara ke suku akhir selepas mengalahkan pemain India, Joshna Chinappan 6-11, 11-5, 11-7, 11-7 di pusingan kedua, Selasa lalu.

Kejohanan profesional skuasy di Arab Saudi disapu bersih Mesir, apabila pemain nombor satu dunia dan pemain pilihan pertama Nour El Sherbini tewaskan India, Dipika Pallikal Karthik, sementara Raneem El Welily menundukkan pemain England Sarah-Jane Perry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");