Perak Hari Ini

“Kami Telah Bersedia Hadapi PRU 14”

IPOH: “Kami telah bersedia,” begitu ulasan ringkas diberikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Jelasnya, semua pihak pastinya boleh meneka waktu dan ketika bagi berlangsungnya PRU dan persiapan bagi pihak Barisan Nasional (BN) telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kami telah bersedia apa pun ia bukan lagi teka-teki kerana pada tahun 2018 ini pastinya akan diadakan pilihan raya jadi semua pihak boleh meneka bila ia akan berlangsung,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan calon, kata Zambry, bakal calon telah dikenalpasti dan proses penilaian adalah berterusan.

“Proses penilaian bagi pemilihan calon masih berterusan seperti yang menjadi amalan BN begitu juga dengan kerusi telah dan sedang dijalankan menerusi perbincangan dengan parti komponen BN Perak,” katanya.

Beliau terdahulu ditemui pada majlis pecah tanah dewan pameran “Ipoh Shoe City” di kawasan perindustrian Pengkalan di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");