Berita Hari Ini

Kawasan Rendah Enam Jajahan Dijangka Dinaiki Air Esok

KOTA BHARU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menjangkakan enam jajahan sekitar lembangan sungai negeri itu akan dinaiki air mulai pukul 1 pagi esok.

Pengarahnya Kamal Mustapha berkata ia berikutan jumlah hujan melebihi 240 milimeter berlaku sejak dua hari lepas di Gunung Gagau, Gua Musang.

“Ekoran daripada itu air Sungai Kelantan dijangka meningkat dan diramalkan kebanyakan kawasan rendah sepanjang sungai Kelantan berisiko dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini lapor Bernama.

Beliau berkata enam jajahan itu merangkumi Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat.

Sehubungan itu, katanya, semua penduduk di kawasan berkenaan diminta mengambil langkah berwaspada dan sentiasa berhubung dengan pusat kawalan operasi banjir berhampiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");