Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Pantau Keadaan Flat Di Perak

IPOH:Kerajaan Negeri telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah memantau pangsapuri dan rumah pangsa supaya kes-kes berkaitan pembuang sampah dari tingkat atas tidak berlaku di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Kerajaan Negeri sentiasa memantau masalah tersebut berikutan insiden seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Kuala Lumpur.

“Kerajaan Negeri juga telah membuat semakan termasuk melawat satu kawasan pangsapuri di kawasan First Garden Buntong berikutan terdapat aduan mengenai pembuangan sampah dari tingat atas,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Bagaimanapun katanya Perak tidak mempunyai projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah pangsa yang banyak namun pantauan tetap dijalankan oleh pihak berwajib agar kejadian tersebut tidak berulang.

“Kerajaan Negeri telah mengarahkan pihak Majlis Perbadaran dan Majlis Daerah untuk mengambil langkah memantau bagi kawasan yang mempunyai kawasan perumahan tinggi seperti rumah pangsa dan PPR.

“Negeri Perak tidak seperti di bandaraya pesat yang mempunyai ratusan rumah bertingkat dan flat kita tidak mempunyai begitu banyak rumah sedemikian namun kita mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kejadian tidak berlaku di negeri ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");