Jenayah

Kereta Terbabas Kaki Tersepit

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki terbabas kereta dipandunya dan mengakibatkan cedera parah di Jalan Persiaran Jasa 11, Mutiara Rini, jam 4 pagi semalam.

Mangsa, Lew Wei Seng, 21, patah kaki selepas tersepit di dalam kereta Toyota Vios dipandunya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, ketika kejadian hujan lebat dan kereta dipandu mangsa terbabas sebelum melanggar pokok di bahu jalan.

Beliau menjelaskan, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan tentang kemalangan dan segera ke lokasi.

“Kereta berkenaan didapati terbabas sendiri hingga melanggar pokok yang terdapat di bahu jalan. Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit dan mengalami kecederaan patah kaki,” katanya.

Noor Hashim berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut dan menunggu untuk pembedahan.

Sementara itu, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai diketuai pegawai operasi, Mohd Nazri Ahmad Shahidon turut ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.01 pagi.

Operasi tamat kira-kira 30 minit kemudian selepas mangsa yang tersepit berjaya dibawa keluar daripada kenderaannya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");