Jenayah

Kes Tikam, Gilis Di Stesen Minyak: 2 Suspek Didakwa

JOHOR BAHRU: Dua suspek kes pembunuhan kejam di stesen minyak Taman Pelangi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan membunuh dan bersubahat melakukan jenayah bunuh.

Bagaimanapun, BH Online melaporkan, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Gan Jia Ji, 19, dan Yip Kah Hou, 23, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut pertuduhan, Jia Ji bersama lima suspek yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan pembunuhan dengan menyebabkan kematian seorang lelaki, Tan Aik Chai, 44, pada jam 7.30 malam di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, 17 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, Jia Ji dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Kah Hou pula didakwa bersama tiga suspek lagi yang masih bebas bersubahat dengan Jia Ji dan lima lagi yang masih bebas melakukan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");