Berita Hari Ini

PM Najib Lancar Logo Rasmi Tabung Haji

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis pelancaran logo rasmi Lembaga Tabung Haji (TH) untuk empat bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Madinah, hari ini.

Peletakan logo rasmi TH di bangunan itu adalah lanjutan daripada perjanjian pajakan hotel dengan syarikat Al-Rawda Investment For Real Estate Development & Project Management Ltd (Al-Rawda) untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata logo rasmi itu turut memberi pendedahan jenama TH kepada masyarakat antarabangsa mengenalinya sebagai sebuah organisasi pengurusan haji terbaik.

Katanya, logo TH yang dipaparkan di bangunan penginapan jemaah haji akan menjadi pengenalan, selain memudahkan jemaah ketika menginap di hotel berkenaan sepanjang musim haji.

“Logo rasmi itu adalah perjanjian pajakan jangka panjang bakal memberi kesan positif kerana mampu membendung kenaikan kos penginapan daripada terus meningkat setiap tahun.

“Sejak penubuhannya lima dekad lalu, TH sedia memenuhi objektif dan menjaga kebajikan jemaah haji dalam urusan menunaikan Rukun Islam kelima,” katanya, menerusi laporan BH Online, hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah serta Pengerusi Al-Rawda, Dr Mashhoor Ali Al Madodi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");