Isu Panas

Kit Siang Mungkin Bertanding Di Ayer Hitam

WALAUPUN DAP dikatakan telah memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam, namun masih ada tanda-tanda menunjukkan DAP mungkin akan meletakkan Ketua Parlimennya, Lim Kit Sing untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Demikian ramalan dibuat oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang tidak menolak kemungkinan tersebut memandangkan Kit Siang kerap kali menukar kawasan setiap kali PRU.

“Berdasarkan pengalaman Kit Siang yang pernah memenangi kawasan Parlimen Gelang Patah pada PRU lalu, tidak ada sebab kenapa beliau tidak boleh tanding di Ayer Hitam untuk mencabar kedudukan saya,” kata Ka Siong kepada Oriental Daily.

Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA memberitahu akhbar ini, dalam arena politik, sebarang kemungkinan boleh berlaku tanpa diduga, apatah lagi pemilihan calon di saat-saat akhir.

“Saya sedar PRU14 kali ini adalah pertandingan yang bukan senang. Tetapi saya tetap akan menghadapinya dengan tenang dan tabah,” katanya.

Menurut beliau, adalah menjadi perkara yang menarik apabila DAP membenarkan calon Amanah bertanding di Ayer Hitam, tetapi menggunakan tiket DAP.

“Saya sudah pasti akan terus mempertahankan kerusi saya di Ayer Hitam. Terpulanglah bagaimana strategi yang akan diatur oleh DAP. Saya bersedia menentang mereka,” tegas Ka Siong.

Ka Siong memberitahu, ketika kempen PRU lalu, beliau ditentang oleh calon Pas. Tetapi apa yang menariknya, DAP yang bertungkus-lumus membantu kempen calon Pas ini.

“Pada PRU lalu, telah terbukti DAP membenarkan calon Pas menggunakan bendera mereka. Dan pada PRU kali ini, mereka sekali lagi membenarkan perkara yang sama, kali ini kepada calon Amanah pula,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");