Jenayah

Lelaki Melecur Dalam Kebakaran

KUCHING: Seorang lelaki melecur ketika cuba menyelamatkan barang penting miliknya dalam kebakaran rumahnya di Taman Sky, Stapok, di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 49 tahun itu melecur di bahagian belakang selepas disambar api dalam kejadian pada jam 10.50 malam itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang menerima panggilan pada jam 10.52 malam.

Berikutan itu, sembilan anggota dari BBP Batu Lintang dibantu sembilan lagi anggota dari BBP Kuching dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi pada jam 10.56 malam, didapati kebakaran sudah merebak ke seluruh rumah jenis struktur tidak kekal itu.

“Operasi pemadaman tamat pada jam 12.50 tengah malam dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian itu,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");