Berita Hari Ini

Lima Sekolah Masih Ditutup Di Sarawak

KUCHING: Lima sekolah rendah di pedalaman negeri ini masih belum dibenarkan beroperasi hari ini akibat banjir yang melanda sejak beberapa hari lalu.

Memetik laporan BH Online, Penutupan sekolah itu menyebabkan seramai 313 murid tidak dapat bersekolah berikutan laluan ke sekolah mereka ditenggelami air.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dua sekolah yang ditutup hari ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong dan SK Kuala Bok, kedua-duanya di daerah Baram, Miri.

Tiga lagi sekolah yang masih ditutup sejak Isnin lalu ialah SK Nanga Bon, Sibu; SK Kuala Kenyana, Mukah dan SK Sungai Genaan, Sebauh.

Sementara itu, beliau berkata 20 sekolah rendah iaitu lima di Baram, Subis (4), Selangau (3), Miri (2), Kanowit (2), Tatau (2), Sebauh (1)dan Bintulu (1) turut terjejas akibat banjir hari ini namun masih beroperasi seperti biasa.

Sekolah terbabit ialah SK Sungai Manong, SK Rumah Goyang, SK Rumah Ranggong dan SK Kampung Tegageng di Subis, SK Sungai Kelabit dan SK Sungai Seputi di Miri, SK Pengarah Enteri, SK Sungai Peking, SK Long Teru, SK Sungai Bain dan SK Benawa di Baram.

Turut terjejas, SK Sungai Anak, SK Sungai Buloh dan SK Iban Union di Selangau, SK Ulu Bawan dan SK Sungai Tuah di Kanowit serta SK Ulu Segan di Bintulu.

Dua sekolah di daerah Tatau turut terjejas hari ini iaitu SK Rumah Keseng dan SK Kuala Muput.

“Secara keseluruhan, seramai 2,620 murid terbabit dalam banjir di Sarawak hari ini dengan 2,307 daripadanya di sekolah yang terjejas tetapi masih beroperasi dan 313 lagi bercuti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");