Isu Panas

Malaysia Bakal Cipta Rekod Dunia Baharu: Suami PM, Isteri TPM

Malaysia bakal mencipta satu rekod dunia berikutan negara bakal ditadbir oleh pasangan suami isteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertindak sebagai timbalan.

Hal ini berikutan, Anwar akan mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri interim Pakatan Harapan sekiranya Barisan Nasional (BN) digulingkan selepas PRU14 akan datang.

“Apabila Anwar ambil alih tugas sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan menjadi negara pertama didunia ditadbir oleh pasukan suami dan isteri. Dan ianya bermakna impian Anwar selama 20 tahun untuk mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Mahathir akhirnya tercapai,” kata penganalisis politik Raja Sara Petra.

Semalam, Konvensyen Pakatan Harapan mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri pakatan berkenaan, dan Wan Azizah akan bertindak sebagai timbalan.

Konvensyen berkenaan turut mengisytiharkan akan mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar daripada Lembaga Pengampunan Diraja agar Ketua Umum PKR itu boleh menyertai politik serta merta selepas dibebaskan dari penjara.

Ianya ekoran Anwar masih dilarang menyertai mana-mana pilihan raya dalam tempoh lima tahun selepas dibebaskan dari penjara.

Ujar Raja Sara, sepanjang tempoh 20 tahun menentang BN, Anwar sangat mengidam-idamkan untuk menghumban Dr Mahathir ke penjara diatas pelbagai dakwaan jenayah yang mengakibatkan kerugian wang rakyat sehingga RM200 bilion.

Katanya, bekas ahli PKR, Ezam Mohd Nor juga mengesahkan mempunyai enam kotak bukti bahawa Dr Mahathir melakukan jenayah dan boleh memenjarakan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu ke penjara untuk tempoh masa yang lama.

“Anehnya 20 tahun kemudian apa yang Anwar perjuang dan impikan hampir menjadi kenyataan dan ianya akan terjadi kerana Mahathir membantu Anwar merealisasikannya. Jadi apa sebenarnya yang berlaku 20 tahun lalu?” soal Raja Sara.

Umpama Lantik Hitler Jadi PM Israel

Pada 17 November 2012, penulis pembangkang, Ali Cordoba menerusi catatannya di portal berita FMT menghuraikan bahawa Dr Mahathir berkeras untuk tidak membebaskan Anwar dari penjara pada 1998 dan menegaskan ianya adalah ‘muktamad’.

Kata Ali, kumpulan Anwar menawarkan agar pemerintahan Mahathir membenarkan ketua de facto PKR itu dibebaskan dan dibenarkan untuk tinggal di Jerman.

“Rejim Mahathir tetap berkeras untuk tidak membeaskan Anwar daripada cengkamannya dan keberadaannya di Jerman akan memberi imej negatif kepada rejim tersebut,” tulis Ali.

Penulisan pendapat Ali Cordoba menurut blogger terkemuka, Raja Petra Kamarudin menjelaskan bahawa perjuangan reformasi bukan sahaja melibatkan Anwar semata-mata tetapi ramai penyokong pembangkang yang bertungkus-lumus menentang pemerintahan Dr Mahahtir.

“Melihat kepada perkembangan hari ini dimana Pakatan Harapan mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bakal Perdana Menteri mereka mengimbas kembali apa yang ditulis oleh Ali Cordoba, enam tahun lalu.

“Dalam kata lain, 2018 adalah tahun kita mengundur masa 20 tahun kepada 1998 dimana ramai daripada kita hulang segala-galanya dalam memperjuangkan reformasi.

“Menjadikan Mahathir Perdana Menteri Pakatan umpama Israel melantik Hitler sebagai Perdana Menteri baharunya. Ini adalah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Malaysia,” tegasnya.

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");