Jenayah

Mayat Pendaki Tiba Di Kaki Gunung

HULU LANGAT: Mayat pendaki yang terjatuh ketika memanjat Gunung Nuang, Hulu Langat, di sini, Sabtu lalu, berjaya dibawa ke kaki gunung itu pada jam 6.05 pagi tadi.

Mayat Azlan Yahya, 47, terlebih dahulu ditemui pada jam 10.50 pagi, Ahad lalu dan dibawa ke Kem Pacat pada jam 5 petang.

Terdahulu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pasukan penyelamat dijangka akan membawa mayat mangsa sekitar jam 2 atau 3 pagi, namun tidak dapat menjangkakan masa yang tepat.

“Ini kerana Gunung Nuang ini memang tinggi dan usaha membawa turun mayat mangsa memang mengambil masa,” katanya, menerusi laporan BH Online, hari ini.

Gerakan mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Difahamkan, Azlan adalah adik bongsu kepada Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Profesor Dr Azizul Halim Yahya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");