Isu Panas

Azmin Beri ‘Racun’ Kepada Tun M’: Jamal Yunos

SHAH ALAM: “Bagai memberi racun kepada calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Jamal berkata demikian berhubung kesediaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bersedia menawarkan Mahathir untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada PRU14 nanti.

Dakwa Jamal, Parlimen Gombak kini, merupakan kerusi yang tidak boleh dimenangi oleh Pakatan Harapan dalam PRU14 nanti.

“Apa yang Azmin beri kepada Tun M itu adalah sebagai racun bukannya madu, kerana beliau tahu di Gombak telah berlaku satu tsunami, di mana rakyat  tak lagi sokong beliau dan Pakatan Harapan.

“Beliau tahu ini peluang beliau untuk bunuh Mahathir secara halus,” katanya, menerusi laporan Sinar Online.

Justeru, dakwa Jamal lagi, Azmin menawarkan kerusi Gombak kerana kerusi itu tak boleh lagi dimenangi oleh Pakatan Harapan.

Sinar Online hari ini melaporkan Azmin bersedia untuk memberi laluan kepada Mahathir untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau secara peribadi tiada masalah berbuat demikian, namun bergantung atas persetujuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");