Perak Hari Ini

MB Tinjau Perkembangan Projek Surau Fasa 2J Seri Manjung

MANJUNG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini dalam satu sesi lawatan kerjanya ke daerah Manjung, sempat melawat ke tapak projek pembinaan sebuah surau baharu di Taman  Fasa 2J Seri Manjung, dekat sini.

Menerusi lawatannya, Zambry menyambut baik terhadap perkembangan projek berkenaan yang difahamkan bakal siap pada Mac ini.

 

Beliau turut memberi beberapa pandangan dan cadangan terhadap projek berkenaan.

Antaranya melalui pemilihan warna dan cadangan penanaman beberapa pokok bagi mengindahkan lagi persekitaran surau berkenaan.

Bakal dinamakan Surau Al-Hijrah, ia boleh dijangka boleh memuatkan kira-kira 350 orang jemaah pada satu-satu masa.

 

Pada masa sama, beliau juga berharap ia bakal menjadi pusat komuniti yang bakal memberi kebaikan kepada penduduk setempat.

Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

 

Terdahulu Zambry turut berkesempatan meninjau dan beramah-mesra bersama masyarakat di Kampung Sitiawan dan Kampung Segari, Lumut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");