Perak Hari Ini

Pembukaan Jambatan Sultan Yusuf, Hadiah Tahun Baharu Warga Teluk Intan

TELUK INTAN: Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyambut baik pengumuman pembukaan semula Jambatan Sultan Yusuf pada 31 Disember 2017.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, tahap penyegaraan jambatan juga memuaskan dan mengikut jadual sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini.

Tambahnya, pembukaan semula jambatan tersebut dapat disifatkan sebagai hadiah tahun baharu 2018 buat masyarakat Teluk Intan.

Pada masa sama, beliau berkata buat masa terdekat, jambatan tersebut hanya boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan ringan yang tidak melebihi berat 2 tan ataupun ketinggian pada 2.5 meter sahaja.

Katanya, kenderaan berat masih lagi belum dibenarkan untuk menggunakannya.

Walau bagaimanapun, Mah berkata pihaknya telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) agar kerja-kerja penyegaraan dijalankan sebaik mungkin agar ia dapat dibuka sepenuhnya, bagi melicinkan kerja-kerja harian masyarakat setempat.

“Warga Teluk Intan mempunyai harapan tinggi suapaya jambatan tersebut dapat dibuka semula secepat mungkin, terutamanya menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu yang akan datang (kini tiba),” katanya, menerusi satu kenyataan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");