Sukan Hari Ini

Kelantan Yakin Dengan Bruno Lopes

Kelantan yakin dengan Bekas penyerang Persija Jakarta, Bruno Lopes yang baharu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk beraksi bersama The Red Warriors dalam Liga Malaysia musim ini akan menyerlah serta menunaikan janjinya.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman berkata isu mungkir janji tidak sepatutnya ditimbulkan memandangkan ejen penyerang kelahiran Brazil itu memberi jaminan kehadiran Lopes dalam masa terdekat.

Beliau mengakatakan, (KAFA) telah menghubungi ejennya dan Lopes mengesahkan akan ke Kota Bharu pada 2 Januari dan meminta membeli tiket tambahan untuk isteri dan anaknya.

“Saya yakin Lopes akan datang dan kami berpegang kepada janji itu. Sekarang, tunggu dan lihat,” katanya.

Ditanya mengenai awang import terbaharu bagi mengisi kuota ASEAN selepas penyerang Filipina, Misagh Bahadoran, menyertai pasukan lain, Husin menjelaskan KAFA sedang mengintai tiga pemain baru.

Bagaimanapun, beliau enggan menamakan pemain tersebut sambil menegaskan pemilihan pemain import perlu dilakukan secara berhati-hati.

“Yang pasti, bukan penyerang Singapura, Mohammad Khairul Amri Mohd Kamal, sebagaimana yang dihebohkan, sebaliknya ketua jurulatih (Sathit Bensoh) sedang menilai pemain lain,” katanya.

Untuk rekod, TRW sudahpun mengikat kontrak dengan bekas pemain UiTM FC, Do Dong Hyun, dan pertahanan Brazil, Cassio Francisco De Jesus, selain mengekalkan pemain tengah kreatif, Margaro Lima Gomis.

– STADIUM ASTRO SUKAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");