Perak Hari Ini

Pemilik Ladang Ayam Perlu Guna Sistem Ladang Tertutup

BAGAN SERAI:Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak giat memastikan semua pemilik ladang ayam mengunakan sistem reban tertutup menjelang tahun 2019.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak Dr Fuziah Muhayat berkata melalui arahan kerajaan Negeri sistem tersebut giat diperkukuhkan menerusi penubuhan dua jawatankuasa iaitu jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa menangani masalah lalat.

“Sekiranya satu ladang itu tidak layak mendapatkan lessen maka pemilik berhak merayu kepada jawatankuasa tersebut bagi mendapatkannya.

“Jawatankuasa yang dipengerusikan exco pertanian akan memastikan setiap agensi tampil membuat ulasan untuk memastikan tindakan bersepadu diambil kepada satu ladang yang didapati melanggar peraturan,” katanya ketika ditemui pada Program Serahan Bantuan “Touchpoint”Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Gelombang Ternak Dun Alor Pongsu hari ini.

Jelasnya lagi,penternak dan pemilik ladang perlu lebih bertanggungjawab terhadap ladang masing-masing dan mengikuti peraturan yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

Setakat tahun ini, sebanyak 431 pemilik ladang telah berdaftar bagi seluruh Negeri Perak.

“Hampir keseluruhan telah menggunakan sistem reban tertutup dan jika gagal mereka boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000,” katanya.

Katanya lagi, kajian semula berkaitan jumlah denda perlu dipertimbangkan supaya ia setimpal dengan pelanggaran peraturan dilakukan oleh pemilik ladang terbabit.

“Sekarang kompaun terlalu sikit jadi mereka boleh membayarnya dengan mudah namun masih terdapat akta lain mengikut Jabatan kerajaan yang boleh dikenakan,” katanya.

Katanya lagi, sepanjang tahun 2011 hingga 2017 sebanyak 147 kes melibatkan RM108,700 kompaun pelanggaran syarat dibawah Enakmen Perladangan Unggas 2005 telah dikeluarkan.

Manjung mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 54 kes diikuti Kinta/kampar 34 kes dan Larut Matang Dan Selama sebanyak 22 kes.

Bagi statistik penalti setakat November 2017 sebanyak 68 penalti telah dikeluarkan pihak Veterinar Perak dengan nilai penalti berjumlah RM49,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");