Berita Hari Ini

PM Najib Bakal Lancar ‘Blue Print Labuan’ 18 Januari Ini

LABUAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan ‘Blue Print Pembangunan Labuan’ 2018 – 2030′ sempena lawatan rasminya ke pulau ini, 18 Januari ini.

Antara yang terkandung dalam pelan pembangunan itu antaranya pembinaan 500 unit rumah mampu milik, perumahan untuk penjawat awam, selain jalan pintas Tanjung Taras ke Ganggarak bernilai RM170 juta.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, berkata majlis pelancaran itu dijadual diadakan di Dataran Labuan bermula jam 9.30 pagi dengan lebih 25,000 warga pulau bebas cukai ini dijangka hadir.

Sempena lawatan itu, katanya, Perdana Menteri akan menyaksikan penyerahan surat lantikan perunding bagi kajian kebolehlaksanaan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan daerah kecil Menumbok di Sabah.

“Perdana Menteri juga akan menyaksikan perjanjian Labuan Grand Prix of the Sea sempena acara Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2018,” katanya, menerusi laporan BH Online hari ini.

Rozman berkata, selain kajian pembinaan jambatan berkenaan, Perdana Menteri dijangka mengumumkan beberapa lagi projek pembangunan, termasuk membina kedai Labuan premium outlet di Sungai Miri.

“Turut dalam perancangan ialah pembinaan pusat beli-belah dan hotel apartmen, taman tema air, litar lumba motosikal di Kiamsam dan penambahbaikan Kompleks Sukan Labuan.

“Labuan bakal berubah wajah menjelang tahun 2030 menerusi pelbagai projek pembangunan jangka pendek dan panjang, terutama pembinaan jambatan yang menjadi nadi pembangunan wilayah ini.

“Pembangunan itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 warga Labuan, selain limpahannya turut dirasai penduduk di daerah berhampiran,” katanya.

Antara projek lain yang sedang dilaksanakan di Labuan ketika ini ialah pembinaan medan selera di Kompleks Sukan Laut di Tanjung Purun, menaik taraf Jalan Kubong dari Kampung Lajau ke Simpang Lubok Temiang dan perumahan mampu milik di Ganggarak.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Kementerian Kesihatan akan membina kuarters perumahan dan klinik kesihatan kelas 5 di Kampung Bebuloh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");