Membawang Hari Ini

Pekin Ibrahim Buat Laporan Polis

PELAKON, pengarah dan juga penerbit filem KL Wangan, Pekin Ibrahim, menerusi laman Instagramnya berkongsi tentang satu laporan polis yang telah dibuat semalam.

Dipercayai laporan tersebut adalah berkaitan dengan filem terbaru arahannya itu yang telah menjadi mangsa rakaman secara langsung di Facebook pada hari yang sama laporan dibuat.

Memetik laporan Sinar Online, Pekin yang kecewa dengan apa yang berlaku itu telah memuat naik gambar sebahagian daripada laporan polis tersebut beberapa jam selepas laporan tersebut dibuat.

“Tidak mampu berkata apa, biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan..” katanya ringkas menerusi kapsyen yang disertakan pada gambar tersebut.

Pekin turut meletakkan tanda pagar #perjuanganfilemmalaysia #hentikan FBlive # Klwangan #istiqomah #supportfilemmalaysia

Rata-rata pengikutnya di Instagram dan rakan artis meninggalkan komen positif agar pengarah KL Wangan ini bersabar dan tabah menerima dugaan demi dugaan yang berlaku ke atas filem kedua arahannya ini.

Sebelum ini, beberapa filem lain seperti Kau Yang Satu, Abang Long Fadil 2 dan Pinjamkan hatiku turut menerima nasib yang sama dan telahpun membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Filem KL Wangan hari ini telah pun memasuki hari ke-15 tayangannya dan mendapat sambutan yang hangat daripada penonton di mana pada hari kedua tayangannya sahaja kutipannya sudah melepasi RM1 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");