Jenayah

Rangka Manusia Di Sungai Asap

BELAGA: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang rangkanya ditemui di Sungai Asap, di sini, Selasa lalu.

Mayat ditemui sepasukan anggota polis yang diketuai Asisten Superintendan Miki Mohan Singh susulan maklumat daripada orang awam.

Rangka ditemui berdekatan sebuah pondok di tepi jalan pembalakan Long Urun-Tubau, iaitu kira-kira 100 meter dari jalan utama ke pekan Sungai Asap, pada jam 1.30 petang lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Melay Tingom, berkata, pemeriksaan lanjut dalam pondok berkenaan, menemui kad klinik dan kad pengenalan dipercayai milik mangsa.

Beliau berkata, dokumen berkenaan tertera nama Terang anak Gayut, 56, beralamat di Rumah Batik, Nanga Mujok, Julau.

“Rangka berkenaan sudah dihantar ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut dan kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut. Polis memohon orang ramai untuk memaklumkan penemuan itu kepada waris mangsa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");