Perak Hari Ini

“Saya Nak Lihat Nga Kotakan Cakapnya Atau Tak”

MANJUNG:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengalu-alukan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mendakwa untuk sedia mengundur diri daripada arena politik tanah air sekiranya pakatan pembangkang gagal mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan BN.

Jelas Zambry, Nga perlu mengotakan pendiriannya itu sekiranya pembangkang gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum kelak.

“Mereka luahkan berkali-kali setiap kali pilihan raya umum akan diadakan macam-macam kenyataan muncul termasuklah ini kalilah, kali terakhir, julung kalinya.

“Saya tak tahu berapa banyak lagi ini kalilah, cakap-cakap daripada mereka yang suka bermain dengan sentimen begini memancing undi rakyat dengan harapan rakyat mudah terpengaruh dengan apa yang disampaikan mereka,” katanya mengulas kenyataan Nga menerusi laporan yang dipetik dalam China Press hari ini.

Katanya lagi, beliau sedia menunggu sama ada kenyataan itu akan dikotakan oleh Nga.

“Saya nak lihat kalau beliau akan mengundurkan diri selepas ini atau tidak, saya nak lihat cakap dia itu dia kotakan atau tidak selepas ini dah habis pilihan raya nanti,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di Sekolah Agama Rakyat An-najah hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");