Isu Panas

Tiada Calon Punca Tun M Dipilih

SHAH ALAM – Kebergantungan Pakatan Rakyat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyebabkan blok pembangkang itu tidak miliki calon bersesuaian bagi menggantikan ketua umumnya itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, setelah Pakatan Harapan (Harapan) dibentuk, masih ramai penyokong harapkan Anwar jadi calon perdana menteri jika pakatan itu berjaya PRU14.

“Tapi masalahnya apabila Anwar dipenjarakan, pembangkang tidak ada calon ketua yang boleh membantu mereka menghadapi PRU.

“Secara kebetulan, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Bersatu dan dipilih sebagai calon perdana menteri ini atas dasar pengalaman dan pengaruhnya, walaupun sebelum ini kepimpinannya ditentang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");