Berita Hari Ini

Sidang Parlimen Terakhir Sebelum PRU14 Bermula 5 Mac

KUALA LUMPUR — Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen ke-13 tahun 2018 dijadualkan bersidang selama 20 hari bermula 5 Mac hingga 5 April, demikian menurut seorang wakil rakyat.

Anggota Parlimen Sekijang Anuar Abd Manap berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Parlimen hari ini.

Persidangan itu akan dirasmikan pada 5 Mac nanti, katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan persidangan kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum dan yakin ia akan digunakan sepenuhnya oleh anggota parlimen untuk mengetengahkan isu-isu semasa termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");