Sukan Hari Ini

Legenda Cyrille Regis Meninggal Dunia

BINTANG legenda West Brom dan Coventry, Cyrille Regis meninggal dunia pada usia 59 tahun.

Memetik laporan Birmingham Mail, bekas penyerang itu meninggal dunia pada malam Ahad kerana serangan sakit jantung.

Regis memulakan kariernya di Hawthorns, dan membuat 241 kemunculan untuk West Brom, dengan 81 jaringan.

Anak kelahiran French Guiana itu turut merupakan bekas pemain England, antara 1977 dan 1984.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Coventry pada tahun yang sama, dengan menjaringkan sebanyak 47 gol dalam tujuh musim.

Selain itu, Regis turut bermain untuk Aston Villa dan Wolves sebelum bersara pada 1996, selepas meninggalkan Chester City. – Mirror

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");