Isu Panas

Sorakan Sokongan Untuk Tun Dr Mahathir

SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dinamakan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Pengumuman dibuat Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah dalam Konvensyen Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen IDCC lapor Berita Harian.

Sebaik saja nama Dr Mahathir diumumkan sebagai calon Perdana Menteri, ia disambut dengan sorakan sokongan daripada kira-kira 1,000 perwakilan yang menghadiri konvensyen itu.

Perwakilan difahamkan sekali lagi bersorak apabila Saifuddin mengumumkan bahawa Pakatan Harapan akan mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

“Agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudian diangkat sebagai calon Perdana Menteri kelapan,” katanya.

Saifuddin turut mengumumkan pengagihan 165 kerusi parlimen PRU-14 di Semenanjung, yang menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerima kerusi terbesar iaitu 52, diikuti PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (27).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");