Berita Hari Ini

Suhu Sydney Catat Cuaca Paling Panas Sejak 1939

SYDNEY – AUSTRALIA. Bandar ikonik Australia, Sydney dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 79 tahun.

Kata BBC, suhu di Sydney pada Ahad mencecah 47.3 darjah celcius dan disahkan jabatan meteorologi Sydney.

Keadaan cuaca ekstrim mengakibatkan beberapa perlawanan sukan terhenti, antaranya tenis dan kriket.

Pemain tenis Perancis Kristina Mladenovic yang sedang melawan atlet Australia Ellen Perez terpaksa menyerah kalah akibat cuaca panas.

“Saya minta maaf dan saya rasa ini kali pertama saya menyerah kalah sebab cuaca,” kata Kristina di Twitter lapor Sinar Harian.

Sementara itu, kerajaan tempatan telah mengeluarkan amaran kebakaran dan mengharamkan sebarang aktiviti melibatkan pembakaran buat sementara waktu.

Semalam, beberapa kebakaran kecil yang dilaporkan berlaku di Victoria dan South Australia berjaya dikawal sepenuhnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");