Isu Panas

DAP Tetap Dominasi Kerusi Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR: Kesepakatan pembangkang dalam pengagihan kerusi akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekadar mengelirukan rakyat kononnya pakatan didominasi parti ‘Melayu Islam’ iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, sebaliknya berkata DAP tetap akan menjadi parti yang mendominasi pakatan pembangkang walaupun pengagihan kerusi sudah diputuskan dalam konvensyen mereka hari ini.

Katanya, selain mahu mempertahankan 31 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU-13, DAP juga dijangka akan bertanding di 19 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

“Daripada 35 kerusi yang akan ditandingi DAP di Semenanjung, 31 daripadanya adalah kerusi yang memang dimenangi DAP di dalam PRU-13.

“Bilangan kerusi yang bakal ditandingi DAP di Sabah dan Sarawak pula adalah 19, sekali gus menjadikan kerusi akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia meningkat menjadi 54.

“54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia pada PRU-14 adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi akan ditandingi PPBM di seluruh Malaysia.

“Ternyata, muafakat diumumkan pembangkang dalam konvensyen mereka hari ini hanya mengelabui mata rakyat Malaysia kerana yang kekal mendominasi pakatan ialah DAP,” katanya memetik sumber dari Berita Harian.

Berdasarkan permuafakatan itu, pembangkang akan bertanding di 165 kerusi Parlimen di Semenanjung mengikut pecahan 52 kerusi untuk PPBM, PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (27).

Kamarul Zaman berkata, rakyat juga perlu sedar walaupun PPBM akan bertanding 52 kerusi, parti itu ketika ini hanya mempunyai satu kerusi Parlimen yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional (BN) iaitu Parlimen Pagoh berbanding DAP yang memiliki 31 kerusi.

Sementara itu katanya, walaupun PKR dijangka meletakkan calon di Sabah dan Sarawak, rakyat harus sedar PKR bukan parti berstatus ‘Melayu Islam’ seperti PPBM atau Parti Amanah Negara.

“Bagaimana pula dengan sebuah parti lagi, iaitu Parti Amanah Negara? Sampaikan salam takziah pun sudah cukup agaknya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");