Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Sampaikan Pingat, Sijil Pengakap Raja 2018

IPOH:Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mat Lazim Idris mendahului senarai penerima pingat, pada Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan 2018 hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin berkenan menyampaikan pingat Semangat Rimba Kelas Kedua Perak -BSR II kepada kedua-duanya serta 311 penerima sijil pingat Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia pada majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Bankuet Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mengiringi Baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pengakap Negara Tan Sri Datuk Seri Paduka Shafie Mohd Salleh.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan barisan exco kerajaan negeri.

Turut disampaikan pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak bagi tahun 2018 kepada 51 orang penerima iaitu antaranya Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Bintang Seri Maharaja Lela, Pingat Dato’ Sagor dan Pingat Jasa Pengakap.

Shafie semasa menyampaikan ucapan berkata seramai 305 ahli Pengakap dalam Negeri Perak telah lulus dengan cemerlang dan mendapat pengiktirafan Pengakap Raja bagi tahun 2014, 2015 dan 2016 secara purata 100 orang setiap tahun yang layak mendapat pengiktirafan.

“Pergerakan Pengakap Di Malaysia telah mendapat perhatian dari Negara-Negara luar sebaik ibu pejabat Pengakap Sedunia (WOSM) terletak di Brickfields, Kuala Lumpur dan ibu pejabatnya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 18 Jun 2014. WOSM atau World Organization Scout Movememt mempunyai Gabungan 164 negara termasuk Malaysia dengan jumlah keahlian seramai 44 juta yang kerap datang ke Malaysia bagi menghadiri mesyuarat.

“Pengerakan Pengakap mempunyai ‘Activity Base’ seperti perkhemahan, jambori, kepimpinan, latihan, kesukarelawan yang terus mendapat tempat dalam kalangan ahli pengakap malah kekerapan aktiviti ini akan mendekatkan hubungan diantara anak muda dan masyarakat,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar pihak swasta dan agensi kerajaan dapat terus membantu sama dalam bentuk penajaan, bantuan kewangan atau khidmat sukarelawan melibatakan Pengakap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");