Perak Hari Ini
Like

Tempoh Lesen Pelihara Anjing Dilanjutkan 3 Tahun

January 26, 2018
436 Views
0 Comments
1 minute read
Tempoh Lesen Pelihara Anjing Dilanjutkan 3 Tahun

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menambah durasi tamat tempoh bagi lesen memelihara anjing kepada 3 tahun bermula tahun ini

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata walaupun tempoh telah dianjak namun jumlah bayaran masih lagi sama.

Jelasnya, jika sebelum ini, pemilik anjing harus membayar RM10 bagi setahun, kini mereka perlu membayar RM30 untuk permohonan lesen memelihara haiwan berkenaan.

Ujarnya lagi ia juga merupakan sebagai inisiatif memudahkan pemilik agar tidak perlu memperbaharui lesen mereka setiap tahun.

 

Pada masa sama, Zamri menekankan bahawa lesen hanya boleh dikeluarkan untuk dua ekor anjing sahaja.

“Perkara ini memang diketahui lama semua pihak yang mana kalau melebihi dua ekor, dikhwatiri akan menganggu keselesaan jiran dan penduduk sekitar rumahnya.

“Jika anda mendapati ada pihak membela lebih daripada dua ekor anjing, laporkan kepada kami,” katanya.

Tambahnya arahan ini juga terpakai kepada mana-mana jenis kediaman sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MPI) 1987.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Kaunter Bergerak MBI Yang Baharu di Bangunan MBI, dekat sini, pada Jumaat.

Komen & Pendapat

Comments are closed.