Perak Hari Ini

Thaipusam Disambut Meriah, Terkawal

IPOH: Perayaan Hari Thaipusam disambut meriah dengan kehadiran sekitar 20,000 orang penganut Hindu yang mula membanjiri Kuil Arulmigusubramania di Gunung Cheroh, dekat sini, seawal 7.00 pagi, hari ini.

Walaupun keadaan agak sesak dengan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara, Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Omar Mammah berkata keadaan masih terkawal dan sehingga lewat pagi tadi, tidak berlaku sebarang perkara yang tidak dingini.

 

“Saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis, bersama-sama menjalankan tanggungjawab dalam menjaga keamanan semasa perayaan ini berlangsung, yang bermula sejak semalam.

“Kita harapkan keadaan aman ini berterusan sehingga perayaan ini selesai.

“Saya juga ini mengucapkan terima kasih kepada semua warga PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang dapat menjalankan tugas dengan baik,” katanya kepada media yang ditemui di sini, hari ini.

 

Tambahnya, antara unit yang terlibat pada sambutan Thaipusam dekat sini hari ini ialah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pasukan Simpanan Persekutuan serta trafik.

Pada perkembangan sama, beliau turut berkesempatan beramah-mesra dan mengedarkan ‘goodies bag’ kepada orang ramai yang hadir.

 

Semalam PerakToday melaporkan selain Ipoh, Thaipusam juga disambut 25 tempat secara besar-besaran antaranya di Sungai Siput dan Manjung.

Seramai 1,000 anggota polis dikerahkan di seluruh Perak bagi memastikan kelancaran perayaan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");