Jenayah

Tikam Dengan Pemutar Skru

KOTA BHARU – Seorang penganggur tidak mengaku salah di mahkamah majistret, di sini, tadi, atas tuduhan menikam rakan abangnya dengan pemutar skru, minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Syakir Mohd Rafien, 20, didakwa di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Teruduh didakwa mencederakan Yusree Amirullah Abdul Samad, 41, dengan menikam rusuk kanan mangsa menggunakan pemutar skru dalam kejadian di Kampung Buloh Poh, Ketereh di sini, pada jam 2 petang, 6 Januari 2018 lapor Sinar Harian.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Fazliyana Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan 1 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");