Berita Hari Ini

Trump Ugut Henti Bantuan Kewangan Pada Palestin

WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kelihatan agak sibuk ‘bekerja’ menjelang tahun baru ini apabila dia sekali lagi mengeluarkan ugutan menerusi laman Twitter miliknya.

Trump mendakwa Amerika Syarikat (AS) boleh menghentikan bantuan kewangan pada Palestin yang tidak mahu berbincang secara aman.

“Bukan Pakistan sahaja yang kita ‘bantu’ tetapi banyak lagi negara lain, contohnya adalah Palestin! Beratus-ratus juta dolar setiap tahun diberikan tetapi tiada penghargaan mahu pun penghormatan yang diterima.

“Mereka juga tidak mahu berbincang mengenai isu Israel terutama isu Baitulmaqdis sedangkan kita sudah bersetuju untuk menariknya keluar daripada rundingan namun untuk itu, Israel perlu membayar lebih.

“Apabila rakyat Palestin tidak mahu berdamai, kenapa kita kena bayar wang yang banyak pada mereka?” tulisnya.

Menurut laporan Sinar Online, sebelum ini, Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan ingin memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke sana bagaimanapun langkah kontroversi tersebut ternyata mendapat kutukan antarabangsa.

Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan tegas menyokong resolusi yang mengatakan pengisytiharan Trump adalah batal dan tidak sah.

Sementara itu, wakil AS ke PBB, Nikki Haley menyokong presidennya dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu akan berhenti memberikan sumbangan kepada agensi bantuan PBB untuk pelarian Palestin.

Agensi tersebut menjalankan program pendidikan, kesihatan dan sosial di mana AS merupakan penderma terbesar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");