Berita Hari Ini

Ahmad Zahid Tak Lupa Kawan Lama!

BAGAN DATUK: Seperti tahun-tahun sudah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu meneruskan tradisi mengunjungi kediaman rakan karibnya Beh Song Wan bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini.

Song Wan, 55 yang merupakan rakan karib Ahmad Zahid sejak 27 tahun lalu, menyediakan hidangan seperti kari kepala ikan sembilang, udang galah, pecal, mi goreng, pulut panggang serta limau mandarin untuk Ahmad Zahid serta 200 hadirin.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk tiba kira-kira 10.10 pagi dan meluangkan masa setengah jam di kediaman Song Wan sambil beramah mesra dengan anggota keluarganya.

Pemimpin nombor dua negara itu turut berkesempatan menggaul ‘yee sang pecal’ bersama-sama anggota keluarga Song Wan termasuk ibunya Cheah Seoh Lian, 77 yang merupakan ibu angkat Ahmad Zahid.

Song wan yang mesra dipanggil Bujang oleh Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita kemudian, berkata kehadiran Ahmad Zahid amat bermakna kerana timbalan perdana menteri itu tidak pernah melepaskan peluang menziarahi keluarganya ketika sambutan Tahun Baru Cina.

“Saya seronok kerana walaupun beliau sibuk, beliau tidak pernah terlepas peluang datang menziarah kami apabila Tahun Baru Cina.

“Ini kali kelima beliau datang selepas kami berpindah ke rumah baharu dan sebelum ini beliau datang ziarah ke kedai sahaja,” katanya lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");