Berita Hari Ini

Amaran Cuaca Waspada Di lapan Bahagian Sarawak Hingga Isnin

KUCHING – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada (peringkat kuning) di beberapa kawasan di lapan bahagian di Sarawak bermula hari ini, yang dijangka berterusan hingga Isnin.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dalam amaran itu yang dikeluarkan pada 1.30 tengahari tadi, ia menjangkakan hujan lebat berlaku di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman (Daerah Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Daerah Sibu dan Selangau) serta Mukah.

“Sehubungan itu, semua Bilik Operasi Bencana Bahagian bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa sebagai tindakan kesiapsiagaan menghadapi bencana yang bakal berlaku terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi seperti banjir dan tanah runtuh.

“Semua Pejabat Residen juga dimohon untuk memastikan pusat-pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) memiliki aset-aset pengoperasian mencukupi serta berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Bilik Gerakan Negeri kini sedia menerima maklumat bantuan pengurusan dan pengopersian bencana dari semasa ke semasa.

Bilik Gerakan Negeri boleh dihubungi di talian 082-443991/446991, nombor faksimili 082-442730 dan e-mel [email protected] lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");