Berita Hari Ini

Cacing Pita Hampir 3 Meter Bersarang Dalam Usus

SINGAPURA: Baru beberapa hari lalu tersebar laporan mengenai seorang lelaki di Amerika Syarikat yang dikejutkan dengan cacing pita sepanjang 1.6 meter keluar dari punggungnya selepas mengamalkan diet makanan laut mentah, terbaru kes yang hampir sama berlaku di negara jiran, Singapura.

Kali ini, doktor di sebuah hospital di republik itu menemui cacing pita sepanjang 2.8 meter pula!

Menerusi laporan Free Malaysia Today, daripada laporan The Sunday Times, cacing pita yang hidup ditemui dalam usus pesakit dan berjaya dikeluarkan melalui rektum.

Jabatan Mikrobiologi Hospital Umum Singapura (SGH), terpaksa melilitnya sebanyak 18 kali untuk dimuatkan bagi rakaman gambar.

“Panjangnya menyamai satu setengah ketinggiannya. Pesakit terkejut apabila cacing itu dikeluarkan dari rektumnya,” kata pakar penyakit berjangkit, Profesor Hsu Li Yang.

Tambahnya, penyelidikan Jabatan Mikrobiologi SGH mendapati telur dari segmen cacing pita sepanjang 2.8 meter menyerupai cacing pita ikan.

“Pesakit dengan cacing pita ikan meningkat sejak beberapa tahun di negara ini dan situasi sama berlaku di negara membangun lain di mana pengambilan ikan mentah semakin popular,” kata Li Yang.

Kajian juga menunjukkan mereka yang dijangkiti parasit seperti cacing kerana makan makanan laut yang dimasak mentah atau separuh masak.

Cacing pita dewasa mempunyai kepala, leher dan rantaian segmen dipanggil “proglottid” dan kepala cacing pita yang ditemui dalam badan pesakit itu melekat pada dinding usus dan “proglottid” membesar serta menghasilkan telur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");