Perak Hari Ini

DAP Perak Dakwa Polis Campur Tangan Urusan Wakil Rakyat

IPOH: Penasihat DAP Perak mendakwa kononya pihak polis telah melanggar undang-undang kerana mencampuri urusannya sebagai wakil rakyat berkaitan dakwaannya yang menuduh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memilik sebuah kereta mewah.

Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa Zambry kononnya menerima bonus sebanyak RM115,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan membeli kereta Audi Q7 dengan harga RM620,996.

Malah katanya, perkara tersebut juga pernah disebut pada satu sidang media Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu, di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Katanya atas dakwaan tersebut, beliau serta beberapa wakil rakyat lain telah dipanggil polis untuk siasatan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, lapan orang kakitangan PKNP turut dikenakan tindakan sedemikian.

“Saya berharap polis tidak menjadi ejen kepada Menteri Besar ataupun Barisan Nasioal (BN), tetapi bertugaslah mengikut lunas undang-undang.

“Polis tidak harus menyekat atau campur tangan dengan urusan wakil rakyat kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 124 dan 124B kanun keseksaan,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat DAP Perak, dekat sini, hari ini.

Difahamkan Koo Ham dan beberapa pimpinan pembangkang akan membuat satu laporan polis berkenaan hal ini pada esok.

Sementara itu, beliau turut menggesa agar Zambry meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan turut menggesa BN Negeri mendesak beliau melakukan perkara berkenaan.

“Kalau beliau berasa malu terhadap apa yang dikatakan ini, beliau seharusnya mengundurkan diri dan letak jawatan sebagai Menteri Besar.

“Dan bukanya menghukum pegawai, dan penjawat-penjawat awam ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");