Isu Panas

Cybertroopers Berbayar Tiada Bisa

KOTA BHARU – Kewujudan cybertroopers berbayar tidak perlu dibimbangi kerana mereka tidak mampu mengatasi suara asli rakyat yang aktif menyuarakan pandangan melalui media sosial.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, peranan cybertroopers ini tidak boleh dipersoalkan selagi tidak melanggar mana-mana undang-undang.

Beliau juga tidak menafikan pernah mendengar berita kewujudan cybertroopers berbayar membabitkan parti-parti politik tertentu bagi tujuan menerang dan menyerang dasar, kegiatan, ucapan mahupun peribadi pemimpin parti.

“Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya, jumlah penggiat media sosial yang bertindak secara sukarela atas semangat perjuangan untuk menjaga keutuhan agama, bangsa dan negara adalah jauh lebih ramai berbanding cybertroopers berbayar ini.

“Kita tidak boleh berbuat apa-apa ke atas kewujudan cybertroopers berbayar ini kerana tidak ada larangan khusus di dalam undang-undang ke atasnya, malah kehadiran mereka sebenarnya boleh memeriahkan lagi suasana demokrasi di negara ini.

“Apa yang menjadi masalah ialah bila cybertrooper berbayar ini mereka cipta dan menyebarkan berita palsu bagi meranapkan karier musuh politik mereka kerana berita sensasi begini sangat senang menjadi tular,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Kamarul Zaman mengulas kenyataan Exco Pemuda Umno, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin, yang menyangkal bahawa cybertrooper Umno menerima bayaran untuk tugasan tersebut.

Oleh itu jelasnya, beliau menyokong cadangan untuk menggubal dan melaksanakan Akta Berita Palsu kerana ini akan membolehkan cybertroopers berbayar yang mereka cipta dan menyebarkan berita palsu dihukum.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");