Isu Panas

DAP Tak Pandang Rendah Pas

SEREMBAN – Meskipun Pas kini sudah bergerak solo, namun kekuatannya tidak boleh dipandang rendah kerana parti itu mempunyai pengaruh tersendiri.

Setiausaha DAP, Cha Kee Chin berkata, mereka bagaimanapun bersedia berhadapan sesiapa saja lawan termasuk calon Bebas dan yakin mempertahankan 11 kerusi Dun milik DAP pada PRU14.

“Kita tak pandang rendah pada mana-mana parti sama ada Pas atau Umno, termasuk calon yang akan ditonjolkan kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri.

“Saya berpegang kata-kata ‘perkara yang paling bahaya, bila kita pandang rendah pihak lawan’. Keyakinan itu juga perlu disertai gerak kerja terbaik, tapi jangan buatkan kita rasa selesa,” katanya.

Beliau mengulas mengenai Pas negeri ini yang akan meletakkan calon bukan Melayu bertanding di empat kerusi Dun.

Katanya, Pas perlu menerima hakikat jika mahu membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan seimbang, mereka perlu bekerjasama dengan parti lain.

Katanya, sebahagian besar rakyat tetap memilih dua parti utama teraju kerajaan sama ada Pakatan Harapan (Harapan) atau BN.

“Itu dibuat Pengerusi Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlapang dada duduk dalam satu pakatan dengan kami (DAP).

“Jika benar Pas nak letak calon bukan Melayu untuk berdepan dengan DAP, kami tiada masalah kerana itu hak mereka,” katanya-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");