Membawang Hari Ini

Farah Nabilah Tidak Mahu Tunjuk Baik Untuk Disukai

SEMENJAK akhir-akhir ini, nama pelakon yang sedang meningkat naik, Farah Nabilah sering dikaitkan dengan pelbagai isu sehingga menjadi bualan netizen.

Lepas satu, satu. Ada sahaja yang dibangkitkan sehingga membuatkan heroin drama Titian Cinta ini terpaksa membuat penjelasan dan menerangkan kedudukan sebenar agar situasi itu tidak sampai menjejaskan reputasinya sebagai artis yang kini semakin dikenali ramai.

Bagaimanapun, Farah atau atau lebih mesra disapa sebagai Fawaa ini tidak pernah melenting, malah menganggap ia cabaran yang harus dilalui setiap artis.

“Biasalah, mungkin nama saya tengah naik dan asyik keluar kat TV menyebabkan apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian orang biar pun ia kadang-kala hanyalah perkara-perkara yang kecil sahaja.

“Memang susah nak puaskan hati semua orang, tapi inilah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai seorang anak seni.

“Selalunya bila ada sesuatu yang berlaku dan diperkatakan, saya memang akan terus memberi penjelasan agar ia tidak berlarutan dan boleh memberikan kesan negatif kemudian hari,” jelasnya.

Pelakon yang turut tercalon untuk kategori Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan untuk DFKL 2018 ini mengakui sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran sebagai anak seni.

“Memang lumrah menjadi anak seni di mana kita tidak dapat lari daripada berdepan ujian, kecaman dan sebagainya.

“Apatah lagi dalam zaman digital ini, pantang silap sikit semua benda pun akan jadi tular dalam sekelip mata saja.

“Cakap jujur pun kena kecam, apatah lagi kalau buat sesuatu yang memang boleh ‘mengundang’ ketidakselesaan pada orang ramai, tapi saya terima semua itu sebagai cabaran kerana diri sendiri sendiri yang memilih untuk menjadi anak seni,” kongsinya lapor Sinar Harian.

Apa pun, tegas Fawaa lagi, dia sentiasa menghormati segala teguran yang diberikan, cuma lebih selesa mengambil hanya perkara positif untuk kerjaya seninya.

“Apa sahaja teguran yang diberikan, saya sentiasa terima dengan hati yang terbuka. Jadikan ia pengajaran dan cuba perbaiki pada masa depan.

“Namun dalam masa yang sama, saya lebih selesa untuk jujur dan berterus-terang dalam menyuarakan sesuatu. Terpulang kalau orang nak terima atau sebaliknya.

“Memang betul orang kata, kalau jujur sangat pun payah juga, tapi saya tak boleh nak hipokrit, tunjuk baik semata-mata nak suruh orang suka saya,” luahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");