Isu Panas

Gagal Agih Kerusi DUN, Bukti PH Tak Sepakat

ARAU: Kegagalan Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di beberapa negeri khususnya Selangor dan Perlis, membuktikan ia sebuah pakatan huru-hara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata kegagalan parti komponen PH mencapai persetujuan berhubung isu berkenaan, bukti nyata tiada kesepakatan dalam pakatan mereka.

“Pembahagian kerusi peringkat DUN untuk PRU-14 sepatutnya sudah siap lama dan hanya menunggu bakal calon bertanding pada hari penamaan calon saja.

“Ini bukti mereka gagal merancang strategi untuk berdepan dengan PRU-14, apatah lagi mahu mentadbir kerajaan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Syed Ahmad, Tambun Tulang di sini, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan PH Selangor masih belum menyelesaikan pengagihan 21 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu untuk PRU-14, manakala di Perlis pengagihan kerusi DUN baru mencapai 70 peratus selesai.

Shahidan berkata, beliau yakin PH bakal meletakkan calon tangkap muat pada PRU-14 memandangkan gabungan itu dilihat tidak bersedia sepenuhnya.

“Jika mahu memerintah, sesebuah parti perlu mempunyai asas dan tunggak perancangan kukuh serta mampu bersama rakyat,” katanya.

Justeru, beliau menyeru pengundi dan penyokong PH membuat keputusan bijak, bukannya secara membuta tuli sekiranya mahu negara terus maju di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");