Berita Hari Ini

Guru Vasanthapiriya Dipindahkan

KUALA LUMPUR: Guru yang terbabit dengan kes pelajar meninggal dunia selepas cuba membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, pemindahan itu sementara menunggu siasatan penuh terhadap kes berkenaan.

Pada masa sama, beliau juga mengucapkan takziah kepada kedua ibu bapa serta keluarga mendiang M Vasanthapiriya, 14, yang meninggal dunia kelmarin.

“Buat masa ini, guru berkaitan telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah sementara menunggu siasatan penuh dijalankan oleh pihak berkuasa dan Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya menerusi laporan Harian Metro, hari ini.

Pelajar tingkatan dua di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu meninggal dunia pada 3.30 pagi di Hospital Seberang Jaya.

Terdahulu, mangsa dipanggil oleh empat guru sekolahnya Rabu minggu lalu sebelum dituduh mengambil telefon pintar milik seorang guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, Kementerian Pendidikan akan memantapkan ilmu psikologi kepada warga pendidik.

Beliau berkata, penambahbaikan serta penyesuaian boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

“Ilmu terbabit memang sudah sedia diajar di institut pendidikan guru serta universiti dalam negara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");