Berita Hari Ini

Harga Boleh Naik, Dengan Syarat Pendapatan Pun Naik

SHAH ALAM – Indeks kenaikan harga barangan bagi makanan dan minuman menunjukkan peningkatan sehingga 30 peratus dalam tempoh tujuh tahun.

Pensyarah Kanan Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata, index pengguna daripada Jabatan Statistik Negara menunjukkan secara purata jumlah indeks barangan pada 2010 hingga 2017 meningkat setiap tahun.

“Ini bermakna harga makanan RM100 pada 2010, meningkat kepada RM130 tahun lalu. Mungkin tidak ramai yang perasan kerana kadang-kadang ia meningkat tiga peratus empat peratus setahun.

“Tetapi dalam tempoh tujuh tahun, baru nampak peningkatan itu. Kalau lihat barangan lain juga meningkat, hari ini kita lihat ramai mengeluh. Beli ikan selar kuning sudah berharga RM15 sekilogram,” katanya ketika dalam Facebook Live Sinar Harian, semalam yang mengupas tajuk ‘Ekonomi OK, Tapi Poket Nipis’.

Menurut Abdul Latif, harga barangan sentiasa akan naik tetapi tidak menjadi masalah sekiranya pendapatan turut naik.

Katanya, kajian yang dilakukan Jabatan Statistik Negara juga menunjukkan tahap pendapatan meningkat manakala tahap kemiskinan juga telah menurun.

“Ini menunjukkan seolah-olah ia sesuatu yang bagus, tetapi satu statistik yang perlu dipadankan dengan pendapatan adalah perbelanjaan.

“Pendapatan B40 dan M40 adalah RM3,000 tetapi jumlah perbelanjaan pada 2016 melebihi RM3,000 sebulan. Ini bermakna isi rumah berbelanja melebihi daripada gaji. Ada juga purata setiap negeri antaranya Selangor RM5,000 dan Kuala Lumpur RM6,000,” katanya.

Ahmed berkata, sekiranya pendapatan naik dan perbelanjaan naik, rakyat akan mengalami kesempitan hidup dan kos sara hidup yang tinggi, walaupun secara keseluruhan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah baik.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");