Jenayah

Jenazah Silawati Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah Silawati Zailan, yang lemas dihanyutkan arus deras ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh dekat sini, semalam, selamat dikebumikan.

Memetik laporan BH Online, Allahyarham Silawati, 31, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak, Sungai Buloh kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Terdahulu, jenazah Silawati dimandi dan dikafankan di Hospital Sungai Buloh sebelum disolatkan di Masjid Nurul Amin, Merbau Sempak dekat sini.

Sepupu arwah, Anor Mohd Yusof, 48, menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik dan peramah terhadap keluarga serta rakan-rakannya.

“Dia (Silawati) seorang yang rajin bekerja dan bertanggungjawab. Saya akan merindui arwah kerana dia amat rapat dengan saya,” katanya ketika ditemui Bernama di tanah perkuburan itu.

Allahyarham meninggalkan suami Mohd Rizal Mat Desa, 31 dan tiga cahaya mata.

Dalam kejadian kira-kira 5.40 petang semalam lapan individu dilaporkan hilang ketika memancing bagaimanapun tiga daripada mereka terselamat.

Selain Silawati, empat lagi yang maut ialah Hashir, 38, seorang warga Indonesia; Jeleha Hashim, 48; Jamaluddin Rapawi, 14, dan bapanya Rapawi Jum’ada, 37.

Tiga mangsa terselamat ialah suami arwah Rizal, Syamsul Azhar Ismail, 33, dan Tain Asik, 31.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");