Berita Hari Ini

Jepun Benar Keluar Pampasan Persaraan Sebelum 70 Tahun

TOKYO : Kerajaan Jepun yang berdepan dengan masalah kekurangan pekerja dan peningkatan mendadak kos kebajikan setuju membenarkan rakyatnya mengeluarkan pampasan persaraan sebelum berusia 70 tahun.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, kerajaan berkata kebenaran itu akan dikuatkuasakan menerusi beberapa pindaan undang-undang selepas April 2020.

Kerajaan juga katanya, akan melihat kepada kemungkinan untuk meningkatkan umur persaraan wajib bagi 3.4 juta kakitangan awam negara itu kepada 65 tahun berbanding 60 tahun ketika ini.

Buat masa ini rakyat Jepun dibenarkan memilih untuk menerima pampasan persaraan antara usia 60 dan 70 tahun, dengan bayaran bulanan lebih besar ditawarkan kepada individu yang berbuat demikian selepas berusia 65.

Dasar berkenaan dilihat boleh dijadikan petunjuk oleh negara-negara lain seperti Jerman dan Korea Selatan yang turut berdepan masalah sama, akibat lambakan rakyat warga emas.

Jepun memiliki kadar usia terpanjang, manakala peratus kelahiran pada tahun lalu menjunam pada paras paling rendah sejak seabad lalu.

Populasi penduduk juga dijangka berkurangan kepada 88 juta berbanding 127 juta ketika ini dalam tempoh 40 tahun lagi lapor Reuters.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");