Membawang Hari Ini

‘Kalau Makan Aiskrim Memanglah Kena Begitu…’ : Kak KM

KERAP tampil dengan aksi ghairah, pengasas produk kecantikan, Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM mengakui sudah ‘masak’ dengan kecaman netizen.

Bahkan, anak kepada artis veteran, Normah Damanhuri ini lebih selesa untuk tidak mengambil pusing setiap kata-kata yang dilemparkan netizen.

“Saya dah banyak kali kena kecam. Jadi, saya memang dah tak ada rasa apa-apa. Saya pun malas nak layan,” katanya menerusi lapaoran Sinar Harian.

Terbaru, pemilik produk jamu kecantikan, Sweet Dara ini memuat naik video sedang makan aiskrim bersama pelakon, Iqram Dinzly dalam aksi yang dianggap menggiurkan sehingga diselar netizen.

Video berdurasi 60 saat itu dipercayai dirakamkan ketika mereka mengunjungi majlis malam berinai, Betty Rahmad di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, kita memang tak rancang pun nak buat video macam itu. Tapi, biasalah kalau makan aiskrim memanglah kena begitu,” katanya.

Ditanya mengenai aksinya yang dikatakan sangat menggiurkan, Kak KM terserah kepada pendapat masing-masing.

“Biasalah pandangan orangkan. Lagipun, dah kita nampak seksi nak buat macam mana kan? (ketawa).

“Tapi, saya tak tahulah cara pandangan orang kan, saya rasa ia normal. Kalau saya pakai baju kurung pun, orang tetap kata saya seksi, saya pun tak faham kenapa orang kata nampak seksi sedangkan…

“Nak kata tubuh saya cantik? Tak tahulah…tapi kalau kalau orang kata cantik, alhamdulillah,” katanya sambil tertawa.

Pada masa sama, Kak KM turut menolak apabila dikatakan sengaja mencari publisiti murahan.

“Memang tak lah sebab saya bukan siapa-siapa pun. Saya hanya berniaga jamu. Tapi yang sebenarnya saya memang ada jati diri sendiri.

“Waktu awal-awal nak berniaga jamu, saya lock awal-awal dalam otak, nak berniaga kena gila. Itu je yang saya pegang.

“Kalau nak kaya, nak berniaga kena gila. Kalau biasa-biasa tak ada siapa yang akan nampak. Tapi itu terpulanglah dekat individu yang nak buat andaian lain,” katanya.

Malah, katanya, setiap video yang menjadi tular merupakan ‘rupa’ sebenarnya.

“Itulah gaya sebenar saya. Sikap saya memang begitu. Saya seorang yang happy-go-lucky, tak suka nak fikir masalah atau hal orang lain.

“Saya lebih suka buat hal sendiri malah saya saya tak kisahpun orang nak cakap pasal saya. Apa yang penting, saya tau apa yang saya buat,” katanya.

Bagaimanapun, Kak KM mengakui cara dan kaedahnya mempromosikan sesebuah produk dilihat terlalu melampau dan dikatakan agak lucah.

“Semua video yang saya buat itu bersebab. Lagipun, saya menjual jamu khas untuk penjagaan wanita.

“Jadi, bila nak sampaikan kepada mereka yang mempunyai masalah tersebut ia perlu kena dengan gaya dan kaedah tertentu.

“Walaupun kena kecam, alhamdulillah produk saya juga semakin laris,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kak KM juga bakal melancarkan produk pembersih wanita dalam tempoh sebulan lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");